Jentera-jentera Bomba sukarela Kuala Kedah.
Pasukan Bomba Sukarela Kuala Kedah menpunyai 2 buah jentera bomba(water tender),sebuah Jentera(Van) 'back up' yang lengkap dengan alat-alat memadam api serta sebuah jentera tanki air (water tanker), 5 buah pam angkut mudah-alih serta beberapa buah pam angkut standby.
Kesemua jentera-jentera ini diberi nama kod seperti KK 1, KK 2, KK 3 dan KK 4.
KK 1
KK 1
KK 1 adalah jentera bomba (water tender) bolih mengangkut air sebanyak (1,700+500)=2200 litres. Jentera ini dilengkapi dengan 2 buah pam angkut mudah-alih berkuasa 2 aliran pancutan-nozzle (untuk memandu air ke jentera bomba atau tempat kebakaran dari sungai, tasik , parit atau pili bomba dimana jentera bomba tidak dapat mendekati). Jentera ini juga dilengkapi
dengan 10 sets helmet, jacket, boots firefighting, 2 sets alat penafasan(B.A) , 20 gulung hose memadam api , 3 sets alat kommunikasi (walkie-talkie), alat membuka pili bomba dan lain-lain alat keperluan.
KK 2
KK 2
KK 2 adalah jentera bomba (water tender) yang bolih mengangkut air sebanyak (1,100 +700)=1800 liter. Jentera ini dilengkapi dengan sebuah pam angkut mudah-alih berkuasa 2 aliran pancutan nozzle dan sebuah pam angkut mudah-alih berkuasa 1 aliran pancutan nozzle (pam ini direka lebih kecil dan ringan, sesuai diangkut ke tempat sumber air yang jauh atau tempat yang susah didampingi jentera bomba,atau sebaliknya ketempat kebakaran dimana perlu menyeberangi sungai atau rintangan lain-lain.
Kelengkapan Jentera termasuk 10 sets helmet, jacket dan boots firefighting, 20 gulung hose memadan api, 3 sets alat kommunikasi (walkie-talkie), alat membuka pili bomba dan lain-lain alat keperluan.
KK 3
KK 3
KK 3 adalah merupakan sebuah van Ambulan V8 terpakai yang di ubah-suai untuk dijadikan ‘Jentera backup’.atau ‘Jentera Standby’
Van ini digunakan untuk menghantar anggota-anggota bantuan ketempat kebakaran
semasa berlaku kebakaran besar dan memerlukan masa yang lebih lama untuk memadamnya. Ia juga digunakan sebagai ‘Jentera Standby’ sekiranya ada Jentera bomba lain yang rosak.
Van ini juga menjadi pilihan utama sekiranya berlaku kebakaran di kampong, sawah-bendang, dimana jalannya lebih kecil dan sempit.
Van ini dilengkapi dengan sebuah pam angkut mudah-alih berkuasa 2 aliran pancutan-nozzle, 10 sets helmet, jacket dan boots firefighting, 10 gulung hose memadan api, 2 sets alat kommunikasi (walkie-talkie),alat membuka pili bomba dan lain-lain alat keperluan.
KK 4
KK 4
KK 4 merupakan sebuah water tender(kenderaan tangki )yang boleh mengankut air sebanyak 14,000 liter. kenderaan ini dilengkapi dengan sebuah pam angkut mudah-alih berkuasa 2 aliran pancutan-nozzle, 10 gulung hose memadan api, 2 sets alat kommunikasi (walkie-talkie), alat membuka pili bomba dan lain-lain alat keperluan.
KK 2 & KK 3
KK 4 under flash